Bantuan Insentif Ibu Bersalin (IIB) RM450 - KWKPK



Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 tahun lalu, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan tentang Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Insentif Ibu Bersalin berjumlah RM450 ini diberikan kepada setiap ibu yang melahirkan anak, bermula 1 Januari 2020. Objektif BIB adalah untuk membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak.

 

Di sini kami akan kongsikan maklumat mengenai Bantuan Insentif Ibu Bersalin (BIB / IBB) ini. Sila rujuk syarat permohonan serta cara untuk memohon di bawah.

 

Baca juga:

PermohonanBantuan Kuarantin RM100 sehari

BantuanRM600 Untuk Pekerja


Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  4. Pendaftaran boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

 

Permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan Ibu;
  2. Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga;
  3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
  4. Salinan buku rekod kesihatan ibu;
  5. Salinan buku akaun/penyata akaun; dan
  6. Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi;

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

i) Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbibatau

ii) Manual melalui Borang Permohonan

 

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

i) Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau

ii) Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

 

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

i) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

 

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami melalui:

1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat);

2) Facebook: https://www.facebook.com/iSarawakCare atau

3) E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com

 

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

KLIK DI SINI  untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia


Sumber: kwkpk.sarawak.gov.my