DATUK SRI PANGLIMA HAJIJI NOOR : KETUA MENTERI SABAH

Kota Kinabalu: Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor mendapat sokongan sebulat suara sebagai Ketua Menteri (KM) Sabah.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri bakal berlangsung esok.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu , pakatan GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) , Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memperoleh 38 kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3).
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok pada pukul 10.30 pagi.
Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandate rakyat sebaiknya.
Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS, Katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di sini, hari ini.
0 Response to "DATUK SRI PANGLIMA HAJIJI NOOR : KETUA MENTERI SABAH"